spot_img
HomeUncategorizedSeorang pemandu ditahan bawa cucu secara berbahaya

Seorang pemandu ditahan bawa cucu secara berbahaya

KUBANG PASU: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu telah menerima satu rakaman video yang tular di laman sosial facebook yang mana ia memaparkan sebuah kenderaan Toyota Hilux hitam memandu secara berbahaya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Rodzi Hassan berkata, pemandu membawa dua penumpang kanak-kanak di belakang ruang kargo tanpa penutup dan pengawasan orang dewasa di mana ia boleh membahayakan nyawa dan keselamatan mereka bahkan orang lain.

Kenderaan jenis Toyota Hilux warna hitam membawa dua penumang kanak-kanak di belakang ruang kargo

“Pasukan polis dari BSPT telah mengesan suspek seorang lelaki Melayu yang tinggal di kampung Kota Mengkuang, Mukim Wang Tepus, 06000 Jitra, Kedah.

“Hasil siasatan menyatakan bahawa suspek merupakan datuk kepada kedua kanak-kanak perempuan tersebut telah membuat pengakuan kerana memandu kenderaan sambil membawa dan membiarkan kedua-dua cucu perempuannya duduk di bahagian belakang ruang kargo tanpa penutup dan tanpa pengawasan orang dewasa,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pihak polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

“Sebagai peringatan bersama, pihak polis menyeru supaya ibu bapa mengambil iktibar daripada kejadian ini supaya lebih bertanggungjawab dengan keselamatan kanak-kanak serta mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular