spot_img
HomeSemasaSabah rekod 12 Kluster pendidikan

Sabah rekod 12 Kluster pendidikan

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 542 kes COVID-19 membabitkan 12 kluster pendidikan, setakat 31 Januari lalu.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, semua kes berkenaan membabitkan 10 fasiliti pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), satu fasiliti pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan satu fasiliti pendidikan swasta.

“Hasil siasatan mendapati, berikutan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh individu bergejalah lewat dikesan dan guru masih hadir ke kelas walaupun bergejala adalah faktor risiko yang menyebabkan berlakunya penyebaran kluster.

“Faktor lain adalah ruang tumpuan pelajar tidak dilakukan disinfeksi secara berkala, pelajar tidak mematuhi arahan kuarantin, dan sistem pengudaraan di sekolah tidak mencukupi,” katanya, ketika dihubungi hari ini, di sini.

“Kluster Jalan Pertukangan membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan mencatatkan kumulatif tertinggi iaitu 172 kes, diikuti Kluster Jalan Sri Balung di SMK Balung, Tawau yang merekodkan 104 kes, dan SMK Tandek Dua di Kota Marudu, sebanyak 56 kes bagi Kluster Jalan Teritipan.

Tambah beliau lagi, sembilan kluster institusi pendidikan lain di Sabah, terdiri daripada Kluster Jalan Kepayang Lama Tambunan (SMK Tambunan, 38 kes), Kluster Lorong Api-Api (Kolej Antarabangsa Almacrest, 34 kes), Kluster Puri Ranau (SMK Ranau, 26 kes), Kluster Batu 24 Nabalu (SK Dallas, 23 kes), Kluster Jalan Bypass Kologon (SMK Kundasang, 22 kes), Kluster Jalan Pandan-Pandan Putatan (Madrasah Darul Hadis Sabah, 22 kes), Kluster Puri Seberang (SMK Keningau, 20 kes), Kluster Jalan Kiulu Tuaran (SMK Tun Fuad Stephens, 15 aktif), dan Kluster Jalan Terusan (SMK Terusan, 10 kes). – BH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular