spot_img
HomeSemasaRumah terbakar, ragut nyawa warga emas

Rumah terbakar, ragut nyawa warga emas

PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 75 tahun maut dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah, tiga kereta dan dua motosikal di Taman Dai Ming, di sini, pagi tadi.

Chong Soo Hiong dikatakan meninggal dunia di hospital kerana mengalami kecederaan dalam kebakaran 5.11 pagi itu.

Dalam pada itu, beliau meninggalkan seorang isteri, dua anak lelaki dan dua anak perempuan.

Lelaki warga emas itu dipercayai cuba melarikan diri dari bangunan yang terbakar dengan memandu Toyota miliknya, malangnya kereta itu tersangkut dalam parit.

Siasatan awal mendapati kebakaran bermula di rumah pertama milik lelaki bernama Lee, 38 dan mendapati mangsa terhidu terlalu banyak asap.

Walau bagaimanapun, Lee mendakwa dirinya sempat melarikan diri, melalui pagar hadapan. Manakala isteri, dua anak dan adik-beradiknya melalui pintu belakang.

Sementara itu, isterinya cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan pesakit luar. – Daily Express

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular