spot_img
HomeSemasaRumah pekerja musnah dijilat api

Rumah pekerja musnah dijilat api

KENINGAU: Sebuah rumah pekerja musnah sepenuhnya dalam kebakaran di kawasan sebuah syarikat di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada talian balai jam 2.01 petang sebelum sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dikejarkan ke lokasi sejauh tiga kilometer dengan beberapa jentera.

Bomba berjaya mengawal api daripada terus terbakar.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi PBK I Raizaain Ag. Damit melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja jenis tidak kekal berkeluasan 20 x 15 kaki yang terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran, dua pancutan dengan 100 kaki sumber air daripada tangki jentera FRT dan Water Tanker,” katanya.

Bomba berusaha memadam kebakaran.

Menurutnya, api berjaya dikawal jam 2.13 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya jam 2.35 petang.

Katanya, tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut, sementara siasatan lanjut berhubung punca kebakaran masih dijalankan. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular