spot_img
HomeEkonomiRonald teruja pencapaian 100 hari MAFI

Ronald teruja pencapaian 100 hari MAFI

KUALA LUMPUR : Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Ahli Parlimen P183, Dr Ronald Kiandee bersama barisan menteri kabinet yang lain hari ini hadir ke Majlis 100 hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Majlis tersebut dirasmikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia.

Ronald berkata kita semua sedang berganding bahu bersama-sama merealisasikan aspirasi ini kerana kita adalah tonggak negara tanpa mengira agama, bangsa, warna kulit dan budaya.

Beliau menjemput semua untuk hadir ke program tersebut yang bermula hari ini sehingga 12 Disember ini.

Ronald juga mengajak orang ramai untuk singgah di Booth Pavilion Kementerian Pertanian dan Industri Makanan(MAFI).

Menurut Ronald, MAFI bersama 13 agensi turut sama dalam memberi penerangan tugas-tugas berkaitan dan menyediakan perkhidmatan seperti perlesenan, permit, tapak pasar tani/caravan, dana dari Agrobank dan banyak lagi.

“Pihak kami akan sentiasa membantu walau di mana sahaja kerana itu adalah tanggungjawab bersama dalam membantu mengurangkan permasalahan dan membantu setiap proses selaras dengan aspirasi #keluargamalaysia,” tambahnya.

Kesempatan itu, Ronald menzahirkan rasa teruja untuk mewar-warkan tentang gerak kerja di MAFI selama 100 hari ini.

“Pertama adalah peningkatan 149% pencapaian dalam penyaluran bantuan dan insentif bagi meningkatkan taraf hidup kumpulan sasar”.

“Kedua, peningkatan sebanyak 351 peratus pencapaian bagi program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB)”.

“Dan ketiga, peningkatan 144 peratus pencapaian bagi pelancaran dan permohonan Smart Card Peladang-i yang memerlukan ahli membayar hanya RM5 setahun untuk perlindungan sehingga RM5,000.00″.

Menurut Ronald, kejayaan itu adalah kejayan bersama sebagai Team MAFI dan menetapkan semangat baru iaitu “Setiap Hari adalah 100 Hari”.

“Pihak kami telah merangka gerak kerja jangka masa yang panjang khusus buat petani, penternak, peladang dan nelayan serta jaminan sekuriti makanan negara selaras dengan agenda Dasar Agromakanan Negara 2.0”, tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular