spot_img
HomeSemasaPolis Tawau tangkap 6 lelaki, kes rusuhan Kg Kurnia Jaya Batu 4

Polis Tawau tangkap 6 lelaki, kes rusuhan Kg Kurnia Jaya Batu 4

TAWAU : Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Tawau telah menerima satu laporan semalam berkaitan satu kejadian rusuhan bertempat di Kg Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau.

ACP Ketua Polis Daerah Tawau, Jasmin bin Hussin berkata kejadian dipercayai berpunca dari salah faham di antara penduduk kampung mengenai isu pembinaan atau pembaikan jambatan di satu kawasan yang terlibat dalam kebakaran pada 17 Mac yang lalu.

“Seramai 6 orang lelaki yang telah cedera dalam rusuhan itu dan mereka telah mendapatkan rawatan di hospital,” tambahnya.

Menurut Jasmin, hasil siasatan dan tindakan segera yang dijalankan, pihak PDRM Daerah Tawau telah berjaya membuat tangkapan ke atas 6 orang lelaki iaitu 4 warga tempatan dan 2 warga asing yang berumur dalam lingkungan 20an hingga 70an yang dikenalpasti terlibat di dalam kes ini.

“Kes disiasat di Bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” tambahnya.

Jasmin berkata kesemua suspek yang ditangkap ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau hari ini untuk mendapatkan perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Justeru itu, pihak polis ingin menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta mengganggu siasatan pihak polis,” tambahnya.

Kesempatan itu, Jasmin berkata masyarakat dinasihati untuk tidak sesekali menularkan maklumat-maklumat yang tidak sahih kepada umum.

Sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Yusman Syahri bin Marinsah di talian 013-8608200 atau Pegawai Penyiasat Kes Insp Farid Idham bin Mohd Affandi di talian 013-4671783 atau mana-mana balai polis dan ibu pejabat polis daerah yang berhampiran.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular