TAWAU: Hasil siasatan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tawau dan kontinjen Sabah ke atas seorang lelaki warga tempatan yang ditahan di kawasan Batu Payung beberapa hari sebelum ini telah membawa polis ke sebuah syarikat pengangkutan (forwarding company) bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes dadah.
Semasa pemeriksaan polis di salah sebuah kontena di kawasan tersebut, polis telah menemui enam kotak berasingan yang mengandungi dadah dipercayai jenis syabu.
Anggaran berat dadah yang ditemui adalah 41.195 kg. Tiada sebarang tangkapan dibuat semasa operasi.
Menurut Ketua Polis Tawau ACP Peter ak Umbuas, rampasan dadah kali ini bernilai lebih kurang RM1,483,000.00 dan merupakan rampasan kedua dalam masa terdekat selepas kejayaan tangkapan dan rampasan 303kg.
“Kita (polis) akan terus menggiatkan usaha untuk memutuskan bekalan dan mematahkan sindiket dadah di daerah Tawau secara total dan berterusan dari masa ke semasa,” katanya.
Sumber – IPD Tawau