Lahad Datu: Polis Marin Lahad Datu telah berjaya mematahkan aktiviti cubaan menyeludup rokok yang tidak bercukai di sebuah bangunan di Lahad Datu semalam.
Pegawai Pemerintahan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Superintenden Polis (SUPT) Gan Ping Sin berkata, Polis Marin Lahad Datu telah membuat pemerhatian di kawasan tersebut. Semasa pemeriksaan dilakukan di kawasan tersebut, mereka telah menemui beberapa rokok tidak bercukai di bawah bangunan itu. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM26,751.04.
“Kesemua rokok seludup tersebut telah dirampas dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967,” katanya.
Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197.


