Sandakan: Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menahan sebuah bot jenis pam disyaki membawa barang kawalan tanpa permit daripada pihak berkuasa di kawasan laut Batu 3, awal pagi tadi.
Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata, pemandu bot telah berjaya melarikan diri ke kawasan darat dengan bertindak terjun ke laut semasa pemeriksaan mengejut dijalankan.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati beberapa jenis barang kawalan tanpa permit dalam jumlah kuantiti yang banyak”
Rusdin berkata, setakat ini pasukan PPM Sandakan menjangkakan nilai rampasan temasuk bot dan enjin pam adalah dianggarkan berjumlah RM16,561.85.
“Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut kemudiannya disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961”
Pasukan Polis Marin W4 Sabah menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-9391197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.