spot_img
HomeSemasaPIBG terima sumbangan ADUN Tanjung Batu

PIBG terima sumbangan ADUN Tanjung Batu

TAWAU : YB Tuan Andi Muhammad Suryady Bin Hj Bandy, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tanjung Batu, yang juga merupakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah telah menyampaikan sumbangan dana kepada PIBG dalam kawasan Dun N.71 Tanjung Batu, semalam.

Majlis penyerahan sumbangan dana tersebut diadakan di Hotel Emas, Tawau, semalam. Majlis tersebut turut dihadiri Tuan Kee Hj Jamal Bin Sulaiman, Ketua Daerah Tawau, Ketua Anak Negeri, Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bersama Setiausaha JPKK.

Semua PIBG yang menerima sumbangan dana tersebut adalah sekolah-sekolah yang berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu.

Antaranya adalah PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu, SK Keramat, SK Pasir Putih, SK Bahagia dan SJK (C) Kuok Ming.

Menurut YB Tuan Andi,bantuan tersebut bertujuan untuk menambah dana PIBG di sekolah-sekolah yang terlibat.

“Pasti banyak perancangan dan program yang ingin dijalankan di peringkat sekolah, tetapi menghadapi kekangan kerana kekurangan dana,”tambah beliau.

“Dengan pemberian sumbangan dana tersebut, pihak PIBG dapat menjalankan aktiviti sekali gus dapat membantu pihak sekolah,”tambah beliau lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular