spot_img
HomeSemasa4 wanita hilang semasa mendaki, ditemui selamat

4 wanita hilang semasa mendaki, ditemui selamat

Tawau : Empat orang wanita dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti mendaki di Bukit Panchang Tinagat,semalam. Difahamkan mereka mengalami kesukaran untuk mencari laluan keluar dari kawasan bukit tersebut.

Julius John Stephen Jr, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 8 malam.

Menurut Julius John, sepasukan anggota bomba, polis serta kumpulan pendaki lain dan penduduk kampung membantu dalam operasi mencari dan menyelamat di kawasan bukit tersebut semalam.

“Kesemua mangsa adalah seorang guru. Mangsa-mangsa berumur lingkungan 25 hingga 27 tahun. Kesemua mereka akhirnya berjaya ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan kira-kira pada jam12.34 malam,”tambah Julius.

4 orang mangsa yang telah ditemui – Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau

“Pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) segera melakukan pemeriksaan keadaan fizikal kesemua mangsa sebelum mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,”tambah beliau lagi.

Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada jam 1 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular