spot_img
HomeSemasaPeter Anthony didapati bersalah atas tuduhan palsukan dokumen

Peter Anthony didapati bersalah atas tuduhan palsukan dokumen

KUALA LUMPUR : Datuk Peter Anthony bekas Menteri Pembangunan Infrastrusktur Sabah, di dapati bersalah oleh Mahkamah Seksyen, hari ini.

Peter didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Hari ini, Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Selepas mendengar dan meneliti secara maksimum hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan mahkamah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Peter,” tambahnya.

Mengikut pertuduhan, Peter, 51, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 yang lalu dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat untuk menipu.

Peter dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014. – MyM

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular