spot_img
HomeDuniaPerlaksanaan sekatan pergerakan dipertimbang di Hong Kong

Perlaksanaan sekatan pergerakan dipertimbang di Hong Kong

HONG KONG: Merujuk kenyataan hari ini, pihak berkuasa memberi isyarat bahawa Hong Kong mungkin akan mengenakan sekatan pergerakan ketat susulan ancaman COVID-19 yang semakin serius kebelakangan ini.

Strategi mengurung orang di rumah sehingga mencapai status sifar COVID-19 itu hanya dilaksanakan pada puncak pandemik sebelum ini sesuai dengan situasi semasa yang dialami.

Pelaksanaan dasar sifar COVID-19 yang ketat selama dua tahun dilihat berjaya meredakan sebahagian besar varian asal virus itu.

Bagaimanapun, ancaman baru varian Omicron yang sangat mudah berjangkit menyebabkan pihak berkuasa kurang bersedia dalam menghadapinya dan mungkin terpaksa kembali kepada sekatan pergerakan seperti sebelum ini.

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, sebelum ini menolak sekatan pergerakan di seluruh bandar, sebaliknya mengarahkan semua penduduk menjalani ujian saringan coronavirus.

Namun begitu, Setiausaha Kesihatan, Sophia Chan, hari ini mengesahkan sekatan pergerakan masih tetap menjadi satu pilihan utama untuk mengekang wabak yang menular setakat ini.

Tindakan sekatan pergerakan masih dalam perbincangan dan melihat perspektif kesihatan awam, sekatan pergerakan adalah pilihan terbaik demi kebaikan semua pihak.

Hong Kong mencatatkan 26,000 jangkitan baharu dan 83 kematian dimana meruapakn catatan tertinggi berbanding dengan catatan sebelum ini yang hanya merekodkan purata 12,000 kes sejak permulaan pandemik.

Hospital sudah mencapai kapasiti maksimum sejak beberapa minggu lalu dan mayat mula bertimbun di hospital kerana bilik mayat telah penuh.

Ketua pengurus Pihak Berkuasa Hospital, Lau Ka-hin, berkata pihaknya ketika ini berdepan masalah untuk memindahkan mayat dari hospital ke rumah mayat awam.

“Sebab itu, ada beberapa mayat masih di hospital walaupun pada awalnya dirancang untuk dibawa ke rumah mayat awam,” katanya.

Dalam masa tujuh hari, kadar kematian COVID-19 di Hong Kong kini kian mencecah tahap tertinggi berbanding Amerika Syarikat, Britain dan Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular