spot_img
HomeSemasaPenggunaan aplikasi grafik tingkat kemahiran asas pelajar

Penggunaan aplikasi grafik tingkat kemahiran asas pelajar

KENINGAU – Penggunaan kepelbagaian teknologi dalam pembelajaran kini lebih mendominasi sistem pendidikan dalam pelbagai peringkat. Tidak ketinggalan juga para pelajar yang masih bergiat aktif dalam meneruskan pengajian mereka diperingkat diploma dan ijazah. Meskipun terdapat segelintir pelajar yang diarahkan pulang namun masih ada beberapa program pengajian yang menjalankan pembelajaran atas talian.

Menurut Nurul Hafizah Bemin, 24, Pelajar kolej Geomatika Keningau menjelaskan bahawa penggunaan teknologi sepanjang sesi pembelajaran telah meningkatkan kemahiran penggunaan aplikasi grafik pelajar, terutamanya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka dapat menghasilkan kepelbagaian dalam menghasilkan video yang menarik dan kreatif disamping membentuk pelbagai poster dan bahan bacaan untuk menarik perhatian kanak-kanak.

“Dengan adanya penggunaan teknologi yang semakin canggih ini, saya dapat mengetahui lebih banyak komputer hardware, software dan pelbagai teori pendidikan serta kemudahan pembelajaran. Semua ini membantu saya mempertingkatkan kemahiran editing, buat cover dan banyak lagi dalam menarik perhatian kanak-kanak,” tambah beliau.

Foto – Geomatika homepage

Menurut Nurul Hafizah juga, penggunaan teknologi ini amat penting dalam memudahkan pelajar dalam sistem pembelajaran kini yang lebih kepada aspek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar pelajar lebih produktif untuk menambah kepelbagaian dalam pembelajaran.

“Penggunaan aplikasi grafik bukan sahaja digunakan oleh pelajar-pelajar dalam bidang tertentu tetapi sebagai bakal pendidik, kami lebih dipratikkan untuk menggunakan pelbagai teknologi untuk mengasah kami dalam memberi sesuatu yang kreatif kepada anak didik kami,”tambahnya.

Dominasi penggunaan teknologi telah menjadikan ramai pelajar menggunakan teknologi aplikasi grafik dalam pembelajaran mereka sekali gus memantapkan kreativiti dan kebolehan para pelajar.

 

Penulis: Nurul Shahfika Ganzon

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular