Papar : Dua lelaki tempatan ditangkap kerana terbabit kesalahan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di Papar, awal pagi tadi.
Hasil pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Papar menemui paket plastik dadah seberat 50.08 gram ketika serbuan dilakukan di kawasan Papar, melibatkan dua lelaki tempatan.
Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew Ak Umpit berkata kedua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu juga didapati positif dadah jenis Amp dan Meth setelah ujian saringan awal dijalankan.
“kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 mengikut kesalahan dan jumlah anggaran rampasan dadah daripada suspek”, katanya.
DSP Batholomew Ak Umpit bertegas dan menasihatkan orang ramai, jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah Papar digesa untuk melaporkan segera ke balai polis berdekatan atau boleh berhubung terus di talian 088-916064 (IPD Papar).
“Kejayaan tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar ini”, tambahnya lagi.