spot_img
HomeSemasaPemandu cedera, lori simen terbalik

Pemandu cedera, lori simen terbalik

PAPAR: Seorang lelaki berusia 42 tahun cedera selepas lori simen dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Manggis berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kogopon, di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 jam 4.24 petang.

“Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 24 kilometer dan tiba jam 4.50 petang.

“Sebaik tiba, mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dibawa ke hospital menggunakan kenderaan orang awam bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak memutuskan sambungan kepala bateri lori dan membuat pemeriksaan di kawasan sekitar bagi memastikan tiada lagi risiko bahaya lain.

Katanya, operasi itu ditamatkan sepenuhnya jam 5.05 petang. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular