PAS Sabah buat laporan polis terhadap Warisan

394

KOTA KINABALU: PAS Sabah diketuai oleh setiausahanya Dr. Aliakbar Gulasan telah membuat laporan polis terhadap Parti Warisan di Balai Polis Penampang di sini, kelmarin.

Dr Aliakbar Gulasan yang juga ADUN Sabah membuat laporan polis kerana kenyataan berunsur fitnah semasa kempen Warisan di Penampang baru-baru ini.

Pemimpin Warisan yang dimaksudkan ialah seorang peguam yang mengatakan bahawa undi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bermakna satu undi kepada PAS yang akan membenarkan¬†“potong tangan dan kaki”¬†merujuk kepada hukum hudud.

Individu itu juga berkata, PAS akan menghilangkan aramaiti (kemeriahan) dan tapau (bawa pulang) tapai Sabah jika PAS berkuasa.

Ini adalah fitnah terang-terangan dan menimbulkan kegusaran kepada mereka yang membawa agama Islam. Kami (PAS) tidak bertanding pun dan kami tidak tahu kenapa dia berkata sedemikan.

Sebagai ahli politik sepatutnya membawa mesej perpaduan dan bukannya sesuatu yang boleh mencetuskan kekacauan. Fokus pada manifesto atau hala tuju pembangunan pembangunan Sabah,” ujar Dr. Aliakbar.

Saya juga telah mengarahkan semua PAS Kawasan di Sabah membuat laporan yang sama. Kita tidak mahu ada ahli politik yang membawa budaya samseng dan naratif fitnah yang mengancam keharmonian. Tumpu pada perjuangan parti masing-masing dan biarkan rakyat menilai,” ulasnya.

Oleh: AMIRUDDIN MOHD ROSDI