spot_img
HomeSemasaMR DIY Semporna hangus, bomba berhempas pulas cari sumber air

MR DIY Semporna hangus, bomba berhempas pulas cari sumber air

SEMPORNA: Sebuah kedai serbaneka di Jalan Seri Melor Tinagayan, dekat sini musnah terbakar petang tadi, menyebabkan operasi pemadaman berdepan cabaran apabila pasukan bomba sukar mendapatkan sumber air akibat tekanan pili yang rendah.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima jam 5.53 petang melalui talian MERS999 sebelum pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna bersama pasukan bantuan dari BBP Air Semporna dan BBP Kunak digerakkan ke lokasi.

Jentera bomba tiba jam 6.01 petang dan mendapati kebakaran sedang marak membakar premis berkenaan.

Api marak membakar premis kedai serbaneka di Semporna.

“Pasukan bomba menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan air terbuka kerana tekanan pili bomba rendah. Usaha pemadaman sedang giat dijalankan dan perkembangan operasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata Komander Operasi, PBK I Mohd Shukri Mohd Hamsah.

Menurutnya, seramai 27 anggota terlibat dalam operasi itu menggunakan dua buah jentera FRT, sebuah EMRS, sebuah Vigo serta kenderaan persendirian.

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan premis kedai serbaneka.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut setakat ini. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular