HomeSemasaMA63 memasuki fasa baharu, dari rundingan kepada pelaksanaan berimpak

MA63 memasuki fasa baharu, dari rundingan kepada pelaksanaan berimpak

KUALA LUMPUR: Selepas lebih enam dekad pembentukan Malaysia, pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kini dilihat memasuki dimensi baharu apabila penekanan tidak lagi hanya tertumpu kepada penyelesaian tuntutan, sebaliknya kepada sejauh mana keputusan yang dicapai mampu diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Perkembangan mutakhir menunjukkan pelbagai isu di bawah MA63 terus dibincangkan melalui platform Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal yang menjadi medan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri.

Selain itu, beberapa perkembangan penting turut direkodkan termasuk peningkatan Pemberian Khas Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, penyerahan status Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak serta kemajuan dalam pelaksanaan dasar Borneonisasi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud, pendekatan rundingan secara konsensus membolehkan pelbagai perkara diselesaikan tanpa mengetepikan kepentingan mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun, cabaran sebenar kini ialah memastikan setiap keputusan yang dicapai dapat dilaksanakan secara berkesan oleh kementerian dan agensi berkaitan.

Justeru, agenda MA63 kini bukan lagi sekadar mengukur jumlah tuntutan yang selesai, sebaliknya keberkesanan pelaksanaan dasar yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular