KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed memberitahu kepada media, kerjasama UMNO bersama parti lain dalam menghadapi Pilihan Raya akan datang masih dalam proses perundingan.
Jeffery Nor yang juga Ketua Bahagian UMNO Putatan berkata UMNO Sabah mempunyai hak berkawan dengan sesiapa sahaja, untuk membina jajaran dalam membentuk kerajaan negeri di masa akan datang.
“Ya sudah pasti dalam politik mencari kawan, yang boleh menang banyak kerusi. Dalam PRU kita mahu menang bukan mahu kalah,” katanya.
Jelas beliau, tidak salah berkawan mana-mana parti. Namun begitu, sudah tentu UMNO Sabah ingin mencari ‘smart partnership‘ untuk memenangi Pilihan Raya akan datang.
“Antara potensi parti yang akan UMNO bekerjasama adalah Warisan. Parti ini mempunyai sokongannya tersendiri yang masih relevan dalam politik negeri sabah”
“Sudah tentu kita lihat pelbagai signal. UMNO Sabah mula akrab dengan Warisan. Kita juga dapat signal dari lawan, mereka gerun dengan kerjasama ini,” tambahnya.
Kata Jeffery lagi, sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, beliau ingin melakar strategi terbaik untuk UMNO Sabah.
Ingin melihat UMNO Sabah bersiap sedia dari segala sudut untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.
“Saya akan turun melakukan auditing di seluruh parlimen dan bahagian UMNO Sabah, untuk persiapan dalam menghadapi sebarang kemungkinan PRU awal atau dalam tmpoh dua tahun ini, kita akan menghadapai pilihan raya”
“Itu tugas berat bagi saya dan menerima tanggungjawab pelantikan ini dengan sebaiknya. Bagi membuktikan bahawa UMNO sabah masih relevan dalam politik negeri Sabah,” jelasnya.
Jelas Jeffery, kita bersahabat dengan semua orang, bersahabat denga siapa juga. Kejujuran, ketulusan dan keikhlasan yang perlu ada dalam prsahabatan.