spot_img
HomeSemasaKit ujian COVID-19 diisi semula di Sabah

Kit ujian COVID-19 diisi semula di Sabah

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya memaklumkan bahawa kit ujian Covid-19 akan diisi semula dalam masa terdekat.

Sementara itu, beliau memberi jaminan tersebut kepada farmasi dan peruncit yang menjual kit ujian itu.

Tambah Shahelmey, beliau menjalankan tinjauan di beberapa farmasi dan kedai runcit berikutan aduan orang ramai menghadapi kesukaran mendapatkan kit ujian itu.

“Hasil daripada tinjauan, saya mendapati perkara ini adalah benar atas faktor permintaan yang tinggi sehingga beberapa kedai mengalami kehabisan stok,” katanya, kelmarin.

Walau bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa stok itu akan diisi semula dalam masa terdekat dan pihak kerajaan menetapkan harga siling kit ujian itu pada RM19.90, namun kebanyakan kedai menjualnya lebih rendah daripada harga siling.

Peningkatan mendadak dalam penjualan kit ujian kemungkinan disebabkan oleh lonjakan kes Covid-19 yang mendorong orang ramai untuk menjalankan ujian kendiri di rumah, ditambah lagi dengan pembukaan semula sekolah selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Pemilik Farmasi Luyang, Yee That Hian berkata, permintaan kit ujian kendiri sangat tinggi dan kit ujian itu habis dijual di farmasinya, sejak 27 Januari lalu.

Oleh itu, orang ramai diminta supaya tidak melakukan pembelian panik kerana stok baharu akan tiba tidak lama lagi. – Borneo Post Online

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular