spot_img
HomePolitikKeutuhan gabungan GRS kunci kepercayaan rakyat, menang PRN Sabah - Rina Jainal

Keutuhan gabungan GRS kunci kepercayaan rakyat, menang PRN Sabah – Rina Jainal

TAWAU: Datuk Rina Jainal, Adun N70 Kukusan menegaskan bahawa dalam mendepani Pilihan Raya Negeri Sabah menjelang tiba, adalah penting bagi setiap pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk meletakkan kepentingan gabungan mengatasi kepentingan individu mahupun parti masing-masing.

Beliau berkata, penyatuan di bawah satu bendera GRS bukan sahaja memudahkan gerak kerja dan penyelarasan strategi, malah memperkukuh keyakinan rakyat terhadap keutuhan perjuangan kita.

“GRS perlu dilihat sebagai satu entiti politik yang bersatu, matang dan berpandangan jauh, bukan sekadar pakatan pilihan raya, tetapi sebuah keluarga besar yang bergerak seiring demi masa depan Sabah”

“Rakyat sedang memerhati. Mereka mahukan kerajaan yang stabil, kukuh dan mampu membawa pembangunan mampan ke seluruh pelosok negeri” jelas Rina.

Tambah beliau, menjadi tanggungjawab semua untuk menunjukkan bahawa bukan hanya gabungan politik, tetapi juga sebuah pasukan yang ikhlas berjuang demi kesejahteraan rakyat Sabah.

“Yang penting bukan siapa menang lebih kerusi atau siapa lebih berpengaruh, tetapi bagaimana kita sebagai pemimpin dapat memastikan rakyat Sabah mendapat manfaat daripada sebuah kerajaan yang bersatu dan efisien”

“Sehubungan itu, saya menyeru agar semua pemimpin GRS menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha mengangkat nama gabungan ini ke tahap yang lebih tinggi” katanya.

Datuk Rina Jainal hadir ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Dean Terbuka Taman Sri Balung, Tawau bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Tambah Rina, fokus mesti kepada mengukuhkan parti, memupuk kepercayaan rakyat dan mengekalkan semangat setiakawan dalam gabungan.

Perpecahan dalaman hanya akan melemahkan semangat jentera, mengelirukan rakyat dan membuka ruang kepada pihak lawan.

“Inilah masanya untuk kita membuktikan kematangan politik. Letakkan ego dan perbezaan ke tepi. Satukan hati, selaraskan gerak kerja, dan bina keyakinan bersama”

“Hanya dengan kebersamaan yang jitu, kita mampu memastikan kemenangan besar GRS dalam PRN nanti demi Sabah yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular