spot_img
HomeEkonomiKerajaan Sabah terus komited kekalkan kedudukan kewangan

Kerajaan Sabah terus komited kekalkan kedudukan kewangan

KOTA KINABALU : Semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor telah menghadiri sidang Ucapan Penggulungan Perbahasan Belanjawan Negeri Tahun 2022 di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Hajiji menyatakan rasa gembira kerana Kerajaan Negeri telah menerima Sijil Bersih Penyata Kewangan bagi tahun 2020 daripada Ketua Audit Negara bagi kali yang ke-20 tahun.

“Ini membuktikan keupayaan kita mengekalkan kekukuhan kedudukan kewangan negeri serta prestasi pengurusan kewangan yang cemerlang,” tambahnya.

Hajiji juga mengumumkan bahawa pihaknya memberikan peruntukan sebanyak RM 2 juta pada tahun hadapan kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Semoga menerusi peruntukan ini akan memberi manfaat yang lebih kepada setiap kawasan,” tambah Hajiji.

Kesempatan itu, Hajiji mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.

“Segala cadangan dan pandangan, syor dan rujukan serta idea sepanjang sesi persidangan itu akan diberi perhatian yang sewajarnya,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular