SANDAKAN: Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Taman Merpati, Sandakan, hari ini.
Menurut laporan yang diterima, panggilan kecemasan diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan sekitar 11.07 pagi, hari ini, melaporkan kebakaran yang berlaku di Lorong 2, Taman Merpati, Sandakan.
Pegawai Operasi PKPgB Jimmy Lagung berkata, setelah panggilan kecemasan diterima, BBP Sandakan telah menghantar pihak mereka bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.
“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan 4 aliran 600 kaki 6 pancutan sumber air dari tangki jentera dan water tanker.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan.
Menurut laporan, kebakaran yang melibatkan dua buah rumah tersebut telah menyebabkan sebuah rumah terbakar 100% manakala sebuah rumah lagi dilaporkan musnah dalam 60%.
“Operasi pemadaman telah dilakukan, manakala maklumat berkenaan kejadian akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.