spot_img
HomeSemasaKebakaran di Kampung Kinabutan Besar Tawau, 10 buah rumah musnah

Kebakaran di Kampung Kinabutan Besar Tawau, 10 buah rumah musnah

TAWAU : Kira-kira 10 buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Kinabutan Besar, Batu 5 Jalan Apas, pagi tadi.

Julius John Stephen, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau mengatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian kebakaran itu pada jam 6.21 pagi.

“Seramai 16 anggota dan empat buah jentera dikejarkan ke lokasi kebakaran,” tambah Julius.

“Operasi pemadaman api kebakaran dilakukan menggunakan sumber air yang berdekatan iaitu dari sungai yang berdekatan,” tambahnya lagi.

Julius John mengesahkan tiada sebarang mangsa yang cedera dilaporkan dalam kejadian kebakaran tersebut.

Menurut Julius, kebakaran tersebut melibatkan 10 buah rumah yang terbakar 100 peratus dan didapati jarak antara rumah ke rumah begitu dekat dan rapat.

Katanya, api berjaya dikawal pada jam 6.50 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular