spot_img
HomeSemasaKanak-kanak hilang ditemukan lemas

Kanak-kanak hilang ditemukan lemas

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di sungai Kampung Malangkap Darat telah ditemukan mati lemas pada hari kedua operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dijalankan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mangsa berusia 10 tahun tersebut ditemukan meninggal dunia sekitar jam 11.15 pagi, semalam.

Katanya, operasi SAR hari kedua diteruskan seawall jam 7 pagi di mana pencarian dilakukan di sepanjang tebing sungai berkenaan.

“Pasukan SAR kemudiannya menemukan seluar mangsa pada kedudukan dua kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan lemas oleh penduduk kampung.

“Beberapa jam selepas itu, mangsa kemudiaannya ditemukan oleh orang kampung bersama pasukan SAR kira-kira 11 kilometer dari lokasi manga dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, pasukan SAR kemudiaannya membawa mayat mangsa ke kawasan darat dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa diserakan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.30 hari,” katanya. – Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular