spot_img
HomeSemasaKabinet Sabah setuju namakan semula Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan | Demi...

Kabinet Sabah setuju namakan semula Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan | Demi Sabah

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kabinet Sabah bersetuju untuk menamakan semula Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas sebagai Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan berkuat kuasa serta-merta.

Tambah Hajiji Noor, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet negeri pada 5 Oktober lalu.

“Keputusan ini adalah bagi mengiktiraf peranan kementerian selama ini dalam menyelaraskan hal ehwal pendidikan dan hal ehwal Islam di Sabah.

“Semoga dengan ini dan bersempena pada hari yang mulia ini, Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan akan terus bekerja keras untuk memajukan hal ehwal berkaitan pendidikan dan Islam di negeri ini,” katanya sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022M di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Ahad.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri 1444H/2022M dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. – Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular