spot_img
HomePolitikBersatu hati dalam pasukan kunci kemenangan PRU15 - Anil Sandhu

Bersatu hati dalam pasukan kunci kemenangan PRU15 – Anil Sandhu

LAHAD DATU: Mesyuarat perwakilan tiga sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Bahagian Lahad Datu berlangsung pagi ini di Tulip Ballroom.

Mesyuarat dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Lahad Datu M. Khalid Harun dihadiri Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri serta AJK Bahagian Lahad Datu.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian P188 Lahad Datu, Dato Sri Dr Anil Sandhu turut hadir ke mesyuarat perwakilan ini.

Beliau berkata,  intipati mesyuarat kali ini, perwakilan perlu bersedia dan sentiasa bersiap siaga bagi menempuh pilihan raya ke-15 yang akan berlaku pada bila-bila masa.

“Pentingnya mesyuarat serentak kali ini adalah untuk memperkasakan lagi semangat kesatuan dalam parti tanpa mengira siapa pun mereka,” katanya.

Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lahad Datu.
Ketua Pemuda Francis @ Adam Danial serahkan cenderahati kepada wakil perhubungan negeri.

Tambah Anil, terbentuknya perpaduan dan kesatuan sesebuah pucuk pimpinan itu bermulanya dari dalam kalangan perwakilan sendiri.

“Selepas itu barulah mengajak kepada umum untuk bersatu padu,” tambahnya.

Anil yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia menambah, jikalau mahu menang buat cara orang mahu menang bukan hanya berharap kepada sebelah pihak sahaja.

Perwakilan Wanita dan Puteri Lahad Datu.
Perwakilan Pemuda Lahad Datu yang hadir.

“Berkerjasamalah , hormati semua lapisan masyarakat. Semoga mesyuarat serentak kali ini digunakan sebagai  penyatuan berkerjasama sesama kita dalam menjalankan amanah dan tangungjawab dengan ikhalas amanah dan jujur,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular