KOTA KINABALU: Ketua UMNO Bahagian Puatatan, Jeffery Nor Mohamed membidas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya menyatakan Perhimpunan #KAMIMAHUAIR bermotifkan politik bukan untuk tuntutan isu menyelesaikan masalah air semata-mata.
“Jujur saya mengatakan bahawa saya sangat terkilan dan kecewa dengan jawapan yang diberikan beliau serta pandangan terhadap demonstrasi tersebut,” jelas Jeffery.
Tambah Jeffery Nor, alasan yang dikemukakan berkenaan masalah air di UMS langsung tidak masuk akal.
Katanya, Perdana Menteri telah pada 31 Mei 2023 meluluskan peruntukan 3 juta untuk atasi masalah air.
“Pada 10 Januari 2024, Shahelmey mengeluarkan kenyataan bahawa loji rawatan air telibong 2 telah siap bulan disember 2023 dan kerja akhir pemasangan paip dijangka siap hujung bulan Januari 2024.
“Beliau juga menyatakan bahawa cabaran lain adalah isu curi air dan vandalisma terhadap rangkaian dan sistem paip,” tambah Jeffery.
Jeffery yang juga Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah berkata, sepatutnya selaku menteri Jabatan Kerja Raya kerajaan GRS, Shahelmey sepatutnya menjelaskan kepada para demonstrasi apa yang berlaku.
“Mengapa kerja main pipeline masih belum siap sepenuhnya sedangkan beliau sendiri jangka ianya siap pada hujung bulan Januari 2024″
“Kedua, mengapa isu vandalisma dan isu curi air ini masih tidak selesai dan apakah langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini”
“Kenyataan demi kenyataan telah dikeluarkan yang menyatakan sumber air bersih di negeri Sabah sudah diselesaikan tapi keadaannya masih juga tidak baik dan ini sedikit sebanyak menimbulkan kurang yakin dikalangan pelajar-pelajar UMS dan juga rakyat Sabah,” katanya kepada media demisabah.
Beliau membidas kenyataan Shahelmey gelar para demonstrasi ini sebagai golongan yang mahu perhatian media dan juga lebih menjurus kepada demonstrasi politik.
“Adakah beliau tidak menghormati golongan pelajar ini? Adakah golongan pelajar ini tidak berhak untuk diberi penghormatan atau perhatian terhadap masalah yang dihadapi mereka?
“Apakah menteri ingat mereka ini saja saja mahu berdemonstrasi kerana tiada kerja lain yang lebih penting perlu dibuat?. Saya boleh nyatakan dengan jelas tiada penglibatan langsung dengan demotrasi pelajar-pelajar UMS ini dengan UMNO Sabah,”katanya.
Beliau juga menyarankan kepada menteri, jangan beremosi dan tunjukkan kita orang Putatan pandai berkomunikasi dengan baik dan boleh berunding dengan baik. Banyakkan bersabar dalam apa jua urusan yang bertekanan tinggi.
“Buat lah kerja dengan ikhlas dan selesaikan masalah yang dihadapi para pelajar UMS dan rakyat Sabah mengenai masalah infrastruktur asas yg semangkin meruncing ini,” tambahnya.
Terdahulu, Mohammad Norhamdin Nordin, Kodinator Sekreteriat Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah menyatakan perhimpunan ini tiada kaitan dengan politik.
Kredit foto – Affandi Arif