spot_img
HomeEkonomiHarga barangan positif menurun, dijangka stabil awal tahun depan

Harga barangan positif menurun, dijangka stabil awal tahun depan

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu resah lagi akan harga barangan pengguna yang beberapa waktu ini melonjak naik berikutan KPDNHEP mengesahkan harga barangan keperluan di seluruh negara sudah mula menunjukkan trend penurunan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dilihat memberi impak positif kepada kadar turun naik harga barangan pengguna di pasaran.

“Barangan keperluan makanan harian serta barangan proses dijual dengan harga sehingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat”

“Barangan yang mendapat permintaan tinggi dan habis dijual adalah ayam, telur, ikan dan minyak masak selain barangan keperluan harian yang lain seperti sayur-sayuran, beras, gula dan tepung,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, sejak awal Disember lagi kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan usaha jitu bagi menangani masalah kenaikan harga barangan keperluan masyarakat.

“Op Menu, Op Pasar, Inisiatif Membantu Rakyat, Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dan Inisiatif Kawalan Harga Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) adalah antara tindakan yang telah diusahakan”

Sementara itu, Alexander menambah, bahawa kestabilan ini juga akan menerima kesan positif daripada pembukaan dan pemulihan ekonomi dunia pada tahun 2022.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular