spot_img
HomePolitikHampir 6000 ahli di 86 cawangan WARISAN Lahad Datu sertai BERSATU

Hampir 6000 ahli di 86 cawangan WARISAN Lahad Datu sertai BERSATU

Kota Kinabalu: Bahagian Parti Peribumi (BERSATU) Sabah memperlihatkan pertambahan pengikut, apabila seramai 5240 ahli dari 86 cawangan Parti WARISAN Lahad Datu bertindak keluar dan menjadi ahli baru dalam parti BERSATU.

Datuk Mohammadin Ketapi, Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga merupakan ADUN Segama, diterima sebagai ahli BERSATU. Perkara ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung BERSATU Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan semasa mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dipengerusikan oleh Presiden, Tan Sri  Muhyiddin Yassin.

“BERSATU berbesar hati menerima dan menyambut baik permohonan Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammadin Ketapi kerana ianya bukan sahaja bakal mengukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, malahan ianya juga memberikan manfaat yang besar kepada pembangunan serta kebajikan rakyat,”katanya.

Hamzah berkata, BERSATU juga memutuskan untuk mengadakan Persidangan Agung Tahunan (PAT) BERSATU buat kali ke-5 yang akan diadakan pada 18 dan 19 Disember 2021 di PICC, Putrajaya.

Petikan Utusan Borneo menyatakan, borang penyerahan keahlian baharu telah disampaikan kepada ketua BERSATU Bahagian Lahad Datu, Abdul Hakim Gulam Hassan. Kemasukan beramai-ramai tersebut diketuai oleh Abdul Salam Karim sempena Persidangan BERSATU Bahagian Lahad Datu, pada ahad lalu.

Seramai 400 orang termasuk perwakilan, pemerhati dan ketua Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri dari parti STAR, PBS, PAS, SAPP dan UMNO menyaksikan serahan borang tersebut.

Turut hadir pada Majlis Persidangan BERSATU ialah Timbalan Ketua Bahagian, Abdul Rahim Gulam Khan, Ketua SRIKANDI, Mizma Appehdullah dan Ketua ARMADA, Mohd Ar Razee Abdul Ham.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular