KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji telah menghadiri sebuah Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Sempena Perayaan Krismas Tahun 2021 di Tuaran semalam.
Di majlis tersebut, Hajiji bersama isteri mengambil kesempatan untuk meluangkan masa beramah mesra dan sekaligus memberi sejumlah sumbangan.
“Sumbangan diberikan kepada 429 penerima yang beragama Kristian di Tuaran yang terdiri daripada 363 orang golongan Orang Kurang Upaya (OKU), sakit dan uzur serta 66 orang pemimpin gereja untuk meraikan perayaan Krismas tahun ini di kediaman saya di Kg Serusup, Tuaran,” tambah Hajiji.
“Saya percaya pasti ramai dalam kalangan rakan-rakan dan sanak-saudara sedang sibuk membuat persiapan seperti membeli barang-barang keperluan bagi merayakan Perayaan Krismas yang bakal disambut,” tambahnya lagi.
Hajiji berkata, semoga dengan sumbangan tersebut akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka dalam menyambut perayaan Krismas tahun ini tatkala kita masih lagi berdepan dengan penularan wabak COVID-19.