KUALA LUMPUR: Bagi mengikuti perkembangan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pengamal media mula berkumpul di hadapan Institut Jantung Negara (IJN).
Ia susulan timbul dakwaan kesihatan Tun Mahathir Mohamad berada dalam keadaan membimbangkan di pusat perubatan itu.
Difahamkan, pada 7 Januari lalu, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh tersebut pernah dimasukkan ke IJN untuk kali kedua bagi menjalani prosedur perubatan elektif di hospital berkenaan.
Kali pertama Mahathir dimasukkan ke IJN, pada 16 Disember lalu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. Mahathir dibenarkan keluar hospital kira-kira lapan hari kemudiannya.
Walaubagaimanapun, IJN memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung perkembangan semasa kesihatan bekas Perdana Menteri tersebut.
Bapa Pemodenan yang berusia 97 tahun itu juga merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). – Kosmo