spot_img
HomeSemasaCubaan seludup minyak masak gagal

Cubaan seludup minyak masak gagal

LAHAD DATU : Cubaan seorang lelaki tempatan bersama empat warga asing untuk menyeludup 4,080 kilogram minyak masak bersubsidi ke negara jiran digagalkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Lahad Datu semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, penahanan dibuat susulan maklumat daripada orang awam berkaitan aktiviti mencurigakan di jeti Pangkalan Nelayan Silam Kem.

“Sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah digerakkan ke lokasi bersama pasukan darat bagi pemeriksaan dan serbuan,” tambahnya.

“Semasa serbuan, kesemua suspek didapati sedang memunggah kotak berisi minyak masak dari lori ke bot dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” tambahnya lagi.

Menurut Mohd Rizam, barang rampasan dianggarkan bernilai RM234 096 diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967.

APMM Lahad Datu akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang perlanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan Lahad Datu.

Orang ramai diminta untuk bekerjasama dengan menyalurkan maklumat mahupun aduan ke Zon Maritim Lahad Datu ditalian 089885727 atau MERS999.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular