PORT-AU-PRINCE: Sepuluh banduan dilaporkan maut dalam cubaan melarikan diri dari penjara dan seorang polis turut terbunuh dalam insiden yang berlaku.
Polis berkata, terdapat tiga lagi pegawai polis cedera parah dan dipindahkan untuk mendapatkan rawatan di Cuba.
Jumlah kematian yang dicatatkan adalah seramai 11 orang termasuk seorang pegawai polis,” kata jurucakap polis, Gary Desrosiers mengenai insiden yang berlaku di Croix-des-Bouquets, di luar ibu kota Haiti.
Insiden dikatakan berlaku pada tengah hari, apabila sekumpulan banduan yang bersenjata cuba keluar dari penjara kedua terbesar di negara itu.
Mereka menjadikan tiga pegawai polis dan seorang jururawat sebagai tebusan, menurut Desrosiers.
Banduan terbabit merampas tiga senjata yang disimpan di pejabat penjara ketika cuba memasuki ruang keselamatan.
Beberapa orang pasukan khas polis dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut namun banduan yang bersenjata menyebabkan berlakunya kejadian berbalas tembakan antara mereka sehingga mengorbankan nyawa pegawai polis dan bandua yang terbabit.
Susulan itu, empat senjata yang diseludup masuk ke dalam penjara ditemui termasuk tiga senjata yang dirampas daripada pengawal.
Pada Februari 2021 lalu, lebih 400 banduan cuba melarikan diri dari penjara sama, mengakibatkan 25 orang maut termasuk pengarah penjara. Dan kini, kejadian kembali berulang yang mengorbankan seorang nyawa pegawai polis di penjara itu.