spot_img
HomePolitikCadangan hadkan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal dipersetujui

Cadangan hadkan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal dipersetujui

KOTA KINABALU: Cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan Ketua Menteri Sabah menjadi dua penggal telah diluluskan oleh Jemaah Kabinet Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, sekiranya kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersetuju menyokong cadangan berkenaan, perkara tersebut akan dibawa dalam mesyuarat atau Persidangan Dewan Undangan Negeri bagi meminda perlembagaan.

Menurut beliau, ia merupakan cadangan yang baik memandangkan cadangan mengehadkan tempoh perlantikan Perdana Menteri juga sudah ada di peringkat Persekutuan.

“Jika dilihat di negara-negara barat yang maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara barat lain, mereka juga mengehadkan tempoh perlantikan Presiden dan Perdana Menteri masing-masing.” Tambahnya lagi.

“Saya tekankan sekali lagi sekiranya semua bersetuju dengan cadangan tersebut, ia akan dibawa ke Persidangan DUN yang akan datang.” Katanya bagi menjawab persoalan Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) hari ini.

Bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (UMNO-Usukan) tentang sama ada cadangan tersebut bercanggah atau tidak, apa jua cadangan berkenaan perundangan atau pindaan Perlembagaan Negeri akan dibincangkan bersama pegawai Perundangan Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.

“Sokongan daripada semua ADUN diperlukan bagi merealisasikan cadangan berkenaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular