spot_img
HomeDuniaCabaran mengekang pandemik COVID-19 di Indonesia

Cabaran mengekang pandemik COVID-19 di Indonesia

JAKARTA: Indonesia sememangnya mempunyai jumlah penduduk yang ramai kepadatan penduduknya menyebabkan kesukaran dalam mengawal rakyatnya ketika berhadapan Pandemik Covid-19 yang telah melanda negara itu sejak awal tahun 2020.

Indonesia menghadapi cabaran dalam mengekang Pandemik Covid-19 kerana kekurangan dan kelewatan sumber vaksin yang diterima. Akibat daripada kepadatan penduduk  terlalu ramai, bekalan vaksin yang diterima tidak mencukupi untuk menampung separuh daripada jumlah penduduk di Indonesia.

Pemberian vaksin diutamakan terlebih dahulu kepada warga emas diikuti oleh golongan dewasa dan golongan remaja. Oleh itu, rakyat terpaksa menunggu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara bergilir.

Selain itu, Pandemik Covid-19 yang menular di Indonesia memberi cabaran kepada pentadbir negara itu, kerana  yang sukar untuk mematuhi arahan larangan pemerintah seperti berkurung di rumah, menjarakkan diri sejauh satu meter dari orang lain, menggunakan pelitup muka dan sentiasa mensanitasi tangan.

Norma baharu dalam kehidupan tidak mudah bagi rakyat Indonesia untuk menjadikannya sebagai sebahagian dalam menjalankan aktiviti kehidupan bahkan penerimaan norma baharu ini memerlukan masa untuk sebati dalam kehidupan harian rakyat Indonesia.

Orang awam di sebuah pasar raya di Surabaya – Foto BH Online

Dalam temu bual bersama Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ramli Dollah berkata satu cabaran mengekang Pandemik Covid-19 di Indonesia berpunca daripada penyebaran maklumat palsu yang diterima oleh rakyatnya.

“Perluasan maklumat palsu yang diterima menyebabkan sukar untuk terus membendung Pandemik Covid-19 di Indonesia. Penyebaran maklumat palsu kebanyakkan datang daripada mereka yang enggan menerima suntikan vaksin kerana mereka mendapati bahawa vaksin Covid-19 itu dicampur dengan benda yang boleh menyebabkan kematian dan sebagainya. Sebaliknya mereka khususnya golongan berisiko tinggi perlu menerima maklumat tepat tentang vaksin dan kesan sampingannya,” katanya.

Indonesia kini pusat pandemik Covid-19 – foto BH Online

Mengekang Pandemik Covid-19 ini bukan mudah untuk merialisasikannya banyak cabaran yang perlu ditangani bagi menjayakan penurunan kes Covid-19 di Indonesia. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu membantu antara satu sama lain untuk mengekang penularan Covid-19 daripada terus menular.

Penulis: Nur Azlin Baharuddin

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular