spot_img
HomeSemasaBung gesa percepatkan laksana 22 pakej, Pan Borneo Sabah fasa satu

Bung gesa percepatkan laksana 22 pakej, Pan Borneo Sabah fasa satu

LAHAD DATU: Kabinet persekutuan digesa menunaikan janji mereka bagi menyiapkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dengan secepat mungkin.

Timbalan Ketua Menteri, Bung Moktar Radin menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan perlahan dari pihak kementerian yang terlibat kerana tidak menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Meskipun kerajaan persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk pembangunan infrastruktur, namun ianya masih tidak cukup bagi menyiapkan 22 pakej Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah fasa satu.

“Jadi pada kadar tersebut, kita perlu menunggu 20 tahun lagi untuk menyiapkan projek itu, sedangkan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak sudah hampir 80% siap” katanya selepas melancarkan Majlis Pecah Tanah Sistem Bekalan Air Fasa 1 di Lahad Datu, kelmarin.

Beliau turut menyatakan jalan raya di Sabah semakin rosak sejak akhir-akhir ini, ekoran hujan berterusan dan tindakan segera perlu diambil.

“Saya minta menteri jangan tidur. Banyak kerja projek tersebut tertangguh atas pelbagai faktor termasuk pertukaran pengurusan dan kerajaan sejak beberapa tahun yang lalu,” ujarnya lagi.

Oleh itu, mesyuarat antara Menteri Kewangan dengan Menteri Kerja Raya Malaysia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi, EPU) perlu diadakan segera bagi membincangkan hal berkenaan.

Jika tiada sebarang tindakan dilakukan berhubung perkara tersebut, maka perjuangan MA63 oleh kerajaan hanya sia-sia dan dianggap hak-hak rakyat Sabah tidak dihormati.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular