spot_img
HomeSemasaBantuan one off RM4,000 kepada agensi pelancongan dan pengembaraan di Sabah

Bantuan one off RM4,000 kepada agensi pelancongan dan pengembaraan di Sabah

Bantuan one-off sebanyak RM4,000 akan diberikan kepada setiap Agensi Pelancongan dan Pengembaraan di Sabah yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin dalam satu kenyataan semalam (9 Disember) berkata kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan kepada 503 agensi itu melibatkan jumlah peruntukan lebih RM2 juta ringgit.

Katanya, ia juga adalah sebahagian daripada peruntukan Sabah New Deal untuk aktiviti MICE manakala sebahagian lagi adalah peruntukan sedia ada Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. 

Jelasnya, bantuan terbabit juga adalah penghargaan kepada sumbangan agensi-agensi pelancongan selama ini. 

Sebelum ini, beberapa perjumpaan dengan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan telah diadakan untuk mendengar pemasalahan yang mereka hadapi. 

Sementara itu, Jafry berharap dengan adanya bantuan khas yang disalurkan, semua pengusaha mampu untuk kembali mengaktifkan semula perniagaan masing-masing selepas kebenaran diberikan oleh kerajaan.

Walau bagaimanapun, beliau menyeru kepada semua pengusaha agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan agar keyakinan pelancong kembali meningkat.

-USBO

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular