spot_img
HomeSemasaBanteras peniaga sawit tanpa permit, halang kecurian

Banteras peniaga sawit tanpa permit, halang kecurian

JEMPOL: Susulan daripada lambakan pihak yang menjalankan urusan jual beli buah sawit tanpa permit, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) digesa untuk campur tangan termasuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Hal ini demikian kerana, urusan jual beli buah sawit tanpa permit kebiasaannya dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dimana hasil buah sawit yang didapati adalah daripada hasil mencuri.

Pengerusi Pertubuhan Satu Silaturahim Anak FELDA (1SAF), Mohamad Yahya Zakaria, berkata harga komoditi yang tinggi ketika ini juga menjadi penyebab utama kejadian kecurian buah sawit semakin kerap berlaku.

Beliau berkata, MPOB boleh membantu membanteras perbuatan itu dengan mengambil tindakan kepada penjual termasuk pembeli yang menjalankan urus niaga buah sawit secara haram.

“Harga bagi satu tan kelapa sawit ketika ini mencecah RM1,450. Berikutan itu, terdapat individu yang sanggup masuk ke dalam kebun orang lain secara senyap bagi menuai buah pada waktu malam dan memunggah hasil itu termasuk menggunakan kereta.”, katanya.

“Biarpun ada pihak yang mendakwa bahawa sukar untuk mengekang kes kecurian buah sawit tambahan pula dengan keadaan ladang yang luas, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika semua pihak memainkan peranan sebaiknya. Kita juga berharap FELDA mempunyai kaedah tersendiri dalam mengekang aktiviti kecurian ini terutama di ladang yang diuruskan FELDA,” tambahnya lagi.

Mohammad Yahya menyambut baik apabila media melaporkan kes kecurian kelapa sawit sebagai pengajaran dan peringatan kepada pemilik kebun serta orang ramai.

Daripada laporan ini, beliau yakin kes kecurian buah sawit banyak serta kerap berlaku tetapi tidak ramai pihak yang melaporkannya kepada pihak berkuasa atas sebab tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular