HomePolitikKerjasama BN-PN keputusan cemerlang, gabungan BN-GRS potensi kejayaan di Sabah

Kerjasama BN-PN keputusan cemerlang, gabungan BN-GRS potensi kejayaan di Sabah

KOTA KINABALU: Keputusan positif dan cemerlang yang dicapai menerusi kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di tiga buah negeri di Semenanjung membuktikan bahawa kesepakatan politik mampu memberikan impak besar terhadap keputusan pilihan raya.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi berkata pencapaian tersebut memperlihatkan bahawa penyatuan kekuatan, kesepaduan jentera dan sokongan akar umbi merupakan faktor penting dalam membentuk momentum kemenangan.

Tambah Nadzri, UMNO Sabah berpandangan bahawa kerjasama strategik antara BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut mempunyai potensi besar untuk mencipta kejayaan lebih signifikan dalam pilihan raya akan datang.

“Gabungan kekuatan kedua-dua pihak, khususnya pengalaman kepimpinan, pengaruh akar umbi dan jaringan organisasi yang luas, mampu memperkukuh kedudukan politik serta membuka peluang untuk merampas kembali lebih banyak kerusi yang sebelum ini terlepas”

“UMNO Sabah yakin bahawa persefahaman politik yang kukuh, pembahagian kerusi secara strategik serta penyelarasan jentera pilihan raya mampu menjadi pemangkin kepada gelombang kemenangan yang lebih besar,” katanya.

Beliau yang juga Adun Liawan berkata, kesepakatan BN–GRS bukan sekadar berpotensi memperluas penguasaan kerusi, malah mampu menjadi asas pembentukan kerajaan yang stabil demi menjamin pembangunan dan kesejahteraan rakyat negara Malaysia dan negeri Sabah khususnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular