spot_img
HomeSemasaHajiji arah JKR, konsesi bersihkan kesan runtuhan 48 jam

Hajiji arah JKR, konsesi bersihkan kesan runtuhan 48 jam

PENAMPANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak konsesi penyelenggaraan jalan raya dikerah percepatkan pembersihan kesan tanah runtuh di Jalan Penampang–Tambunan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerja pembersihan mesti disiapkan dalam tempoh dua hari, dengan penambahan jentera serta pelaksanaan kerja 24 jam tanpa henti bagi memastikan kedua-dua lorong jalan dapat digunakan sepenuhnya.

Hajiji melihat pelan papan maklumat bencana ketika mengadakan lawatan ke lokasi bencana hari ini.

“Saya telah arahkan JKR dan konsesi supaya segera bersihkan kawasan terjejas.

“Ketika ini laluan hanya dibuka satu lorong, tapi saya mahu kerja ini disiapkan dalam masa dua hari demi keselamatan dan kelancaran rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau sendiri lokasi bencana sejurus tiba dari Kuching pagi tadi.

Hajiji tekun mendengar taklimat daripada pihak berkuasa berhubung kedaian tanah runtuh.

Hajiji turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut serta memberi jaminan Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan khairat kematian dan bantuan pembinaan semula rumah kepada keluarga yang terjejas.

Turut serta dalam lawatan itu Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya; Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick; ADUN Kapayan, Datuk Jannie Lasimbang dan Ketua Bahagian PGRS Moyog, Datuk Ceasar Mandela Malakun. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular