spot_img
HomeJenayah3 lelaki positif dadah ditahan

3 lelaki positif dadah ditahan

SANDAKAN: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan berjaya menahan tiga lelaki terlibat dengan penyalahgunaan dan pemilikan dadah dalam Ops Tapis Harian yang dijalankan di kawasan Kampung Sungai Kayu dan Kampung Batu Putih Batu 7, di sini, pagi semalam.

Dalam operasi bermula jam 11 pagi itu, dua lelaki ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang lagi ditahan kerana disyaki penagih dadah.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, semua suspek dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan sebelum ujian saringan awal air kencing dijalankan.

“Hasil ujian mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek kini direman di lokap IPD Sandakan untuk tindakan lanjut.

Tegasnya, operasi membanteras aktiviti pengedaran serta penyalahgunaan dadah akan terus dipergiatkan di seluruh daerah.

“Pelaksanaan operasi ini adalah selaras dengan tekad PDRM Sandakan untuk memastikan daerah ini bebas daripada ancaman najis dadah dan mengekang aktiviti penagihan yang merosakkan masyarakat,” ujarnya. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular