spot_img
HomePolitik662 bekas ahli Warisan dan Gagasan Rakyat Sabah, sertai UMNO Kunak

662 bekas ahli Warisan dan Gagasan Rakyat Sabah, sertai UMNO Kunak

KUNAK – “UMNO adalah parti yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat,” tegas Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak semasa merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO DUN N.63 Kunak yang berlangsung di As Centre, Kunak hari ini.

Dalam ucapannya, beliau turut menyambut baik penyertaan 662 ahli baharu ke dalam UMNO Kunak, terdiri daripada bekas ahli Parti Warisan dan Gagasan Rakyat Sabah.

“Ini bukan sekadar angka. Ini adalah mesej jelas daripada rakyat bahawa mereka mahu UMNO kembali memimpin dan membela mereka di Kunak. Ini merupakan satu amanah dan kepercayaan yang tidak boleh kita sia-siakan,” ujarnya.

Salleh turut mengingatkan bahawa UMNO bukan sekadar parti yang memberi janji, tetapi sebuah gerakan politik yang telah terbukti membawa pembangunan ke seluruh negeri — termasuk di Kunak.

Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO DUN N.63 Kunak yang berlangsung di As Centre, Kunak.

“Kunak juga tidak terkecuali. Banyak pembangunan yang dinikmati hari ini bermula semasa era pentadbiran UMNO. Ini bukti bahawa UMNO berbakti, bukan sekadar berjanji,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Tuan Samasuddin Yusop; Ketua Bahagian UMNO Tawau, Tuan Ghazalie Ansing; Ketua Bahagian UMNO Semporna, Tuan Abdul Manan Hj Indanan; Exco Barisan Pemuda Nasional Malaysia, Dato’ Sri Anil Sandhu; serta Setiausaha Politik kepada Ketua UMNO Sabah, Datuk Ir. Aziz Julkarnain.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular