spot_img
HomeSemasa2 cedera, kereta dihempap pokok tumbang

2 cedera, kereta dihempap pokok tumbang

PUTATAN: Dua orang cedera selepas kereta jenis Proton Saga yang dinaiki dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Ulu Putatan, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, PBK I Marvin Domingo, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan menerima panggilan kecemasan jam 8.22 pagi sebelum tiba di lokasi empat minit kemudian dengan kekuatan enam anggota.

“Sebaik tiba, kami mendapati pokok tumbang menghalang laluan dan menghempap sebuah Proton Saga yang dalam perjalanan dari Jalan Ramayah menuju ke Jalan Ulu Putatan.

“Kedua-dua mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita berusia 46 tahun, mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan awal daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan ambulans APM untuk rawatan lanjut.

Katanya, pasukan bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok tersebut menggunakan gergaji berantai sebelum membersihkan kawasan kejadian.

“Operasi tamat jam 9.04 pagi selepas memastikan lokasi selamat dan tiada risiko lain,” katanya. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular