spot_img
HomePolitikWarisan sedia kukuhkan kedudukan di Semenanjung

Warisan sedia kukuhkan kedudukan di Semenanjung

Kuala Lumpur: Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia selepas melancarkan parti itu ke peringkat nasional di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau mahu memberi fokus pada penyatuan ummah tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kita sediakan landasan ini supaya berlaku perubahan struktur dalam politik. Perlu ada peralihan daripada sistem politik berasaskan kaum dan agama kepada kepelbagaian kaum yang lebih inklusif di negara ini”

Syafie berkata, penyebaran sayap parti ini juga didorong dengan niat beramal kepada masyarakat seluruh Malaysia khususnya.

“Kita bukan hendak memimpin negara kerana kepentingan diri sendiri tetapi perlulah demi rakyat dan negara kita sendiri.

Turut hadir sama di majlis tersebut adalah Presiden Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang akan menjalinkan kerjasama dengan Parti Warisan secara rasminya.-Utusan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular