KOTA KINABALU: Warisan ingin bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi menghadapi PRU15.
Presiden Warisan, Shafie Apdal berkata, PBS adalah parti tempatan yang mereka ingin bekerjasama, dan terpulang kepada parti itu mahu menerimanya atau tidak.
Jelas beliau, Warisan perlu fokus membina dan mengukuhkan rumahnya sendiri sebelum merancang lebih lanjut mengenai kerjasamanya itu.
“Warisan mempunyai penyokong dari dalam dan luar negeri, tetapi gesaan untuk bekerjasama dengan parti tempatan datang dari dalam parti dan penyokongnya,” katanya.
Sementara itu, PBS menyatakan partinya boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan agenda itu betul dan memberi manfaat kepada rakyat Sabah.