Keningau: Tujuh kediaman termasuk sebuah rumah panjang musnah dalam kebakaran di Kampung Salong Nabawan Sook, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook Razlan Aridy berkata pasukannya mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 6.50 petang sebelum sepasukan anggota serta pegawai dari BBP Sook digerakkan ke lokasi kejadian.
“Pasukan bomba terpaksa melalui perjalanan sejauh 90 kilometer selain perlu menaiki bot untuk sampai ke lokasi.
“Kejadian membabitkan tujuh buah rumah jenis kekal iaitu dua daripadanya berukuran 20X20 kaki persegi, empat yang lain seluas 20X30 kaki persegi manakala sebuah rumah panjang seluas 87X47 kaki persegi musnah terbakar,”
Walaubagaimanapun, insiden ini tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa di lokasi kejadian.
Difahamkan sebaik sahaja selesai melakukan pengesahan kebakaran dan memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi, pihaknya menamatkan operasi pada jam 10.04 malam.
“Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan’, tambahnya lagi.