spot_img
HomeSemasaSeorang maut, 11 parah kemalangan van ambulans

Seorang maut, 11 parah kemalangan van ambulans

KINABATANGAN: Seorang maut manakala 11 lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah van di Jalan Paris 2, Kinabatangan, pagi tadi.

Pusat kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu jam 10:25 pagi.

Pasukan penyelamat tiba di lokasi jam 11:00 pagi, kira-kira 30 kilometer dari balai sebelum melancarkan operasi menyelamat.

Anggota bomba melihat keadaan mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut.

Menurut Komander Operasi, Mohd Nor Azmer Mat Shor Nasir, kemalangan melibatkan sebuah van jenis Foton View dan sebuah van ambulans yang bertembung di laluan tersebut.

Menurutnya, empat orang dari van ambulans dan lapan orang dari van Foton View.

Pasukan bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa dari kedua-dua kenderaan.

“Seorang mangsa yang menaiki ambulans disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala 11 lagi mangsa mengalami kecederaan parah,” katanya.

Keadaan van yang bertembung dengan ambulans di Kinabatangan.

Seramai 5 anggota bomba dari BBP Kinabatangan dikerahkan ke tempat kejadian dengan sebuah jentera FRT (Fire Rescue Tender) bersama 12 anggota KKM dan 4 anggota PDRM.

Ujarnya, operasi menyelamat ditamatkan jam 11:50 pagi setelah keadaan di lokasi disahkan selamat dan tiada risiko lanjutan.

Maklumat lanjut mengenai identiti mangsa masih belum diperoleh dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular