spot_img
HomeSemasaSekolah tutup tujuh hari jika berlaku penularan COVID-19 – Masidi Manjun

Sekolah tutup tujuh hari jika berlaku penularan COVID-19 – Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sekiranya berlaku penularan jangkitan COVID-19, Kerajaan Negeri menggariskan tatacara penutupan sekolah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, berdasarkan kepada situasi semasa di Sabah, dalam Mesyuarat Pengurusan Bencana Negeri Sabah bagi COVID-19, telah diputuskan terdapat beberapa tindakan akan dilaksanakan segera.

“Antaranya, penutupan sekolah serta-merta selama tujuh hari sekiranya terdapat sekurang-kurangnya dua orang positif COVID-19, yang melibatkan satu penularan dalaman dan telah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dari kalangan pelajar, guru atau kakitangan sekolah yang terbabit.

“Hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja dibenarkan pulang ke asrama (penuh atau harian) bagi meneruskan sesi pembelajaran pada 7 Februari 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Semalam, pada 4 febuari 2022, Sabah merekodkan empat lagi Kluster COVID-19 yang melibatkan institusi pendidikan. Sabah turut merekodkan dua kematian baharu disebabkan wabak berkenaan, pada hari yang sama.

Kata beliau, kes tersebut masing-masing berlaku di Sandakan dan Tuaran. Bagaimanapun, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. –Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular